Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan SINGAPURA
PETER AUGUSTINE GOH (Penerima S.E.A Write Award 2018)
Peter Augustine Goh ialah nama pena Iskandar Goh. Bidang penulisan termasuk cerpen, novel dewasa, novel kanak-kanak, puisi, drama TV dan radio serta ulasan sastera.
Pesara polis Singapura ini kini bertugas sebagai pembimbing penulisan kreatif dan penterjemah bebas.
Beliau telah memenangi banyak anugerah penulisan merentas genre. Antaranya, Anugerah Pena Emas (1995, 1999 dan 2003) dan Hadiah Sastera Singapura (2012) dan 2016).
Pada 2018, beliau telah memenangi Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) yang dianugerahkan kerajaan Thailand.
Mula menulis pada tahun 1974, beliau telah menghasilkan lebih 40 buku persendirian. Karya-karyanya turut disertakan dalam antologi “Tekad’ dan “Begitulah Kata-kata’ yang dijadikan teks sastera untuk GCE peringkat ‘O’ dan ‘A’ Di Singapura.

ISHAK BIN LATIFF
Ishak Bin Abdul Latiff , nama yang tak asing lagi. Guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Singapura.
Mula menceburi bidang penulisan sejak 1983. Bermula dari menulis skrip pentas, skrip drama televisyen, skrip drama radio dan kini penulisan cerpen. Banyak karya penulisan beliau telah mendapat pengiktirafan dan anugerah. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah pesuratan. Beliau telah meraih anugerah ‘Skrip Perhargaan’ untuk skrip drama pentas ‘Aku’ pada tahun1983. Pada tahun 2001 pula, cerpen ‘AOD@eternity.com’ telah mendapat tempat pertama untuk peraduan ‘Anugerah Pena Emas’ anjuran NAC. Cerpen ‘Tompok Hitam’ mendapat tempat pertama pada tahun 2002 dalam pertandingan ‘Sayembara Cerpen Bulan Bahasa’ anjuran NIE.
Pada 2003, cerpen ‘Romie dan Julie’ mendapat tempat pertama manakala cerpen ‘Nadi ke Nadi’ mendapat tempat ketiga. Kedua-duanya dalam pertandingan ‘Sayembara Penulisan Novel Watan dan Cerpen’. Cerpen ‘Nirmala’ mendapat tempat ketiga pada tahun 2005 untuk ‘Anugerah Pena Emas’ anjuran NAC.
Beliau telah menghasilkan 3 buah buku sastera kreatif -‘Rona’ ,’Saga’ dan‘HP’.

ISMAIL WARDI @ ISWADY
Ismail Bin Wardi atau nama pena , ISWARDY. Mula menulis sejak tahun 1971. Ketika usianya 22 tahun, beliau telah berjinak-jinak dengan tulisan puisi dan skrip drama pentas.
Beliau pernah mengajar di beberapa buah sekolah menengah dalam penulisan kreatif. Dan mula menulis novel secara serius.
Tema-tema tulisan beliau banyak mencukil kebobrokan masyarakat.
Beliau telah beberapa kali meraih hadiah penghargaan bagi karya-karya cerpen dan novel.
Pada tahun penilaian Anugerah Persuratan 1999, cerpen beliau berjudul LEMBU telah memenangi hadiah sastera. Antologi cerpen Senandung Orang Lama pula telah memenangi Anugerah Persuratan 2001.
Karya-karya beliau telah dibukukan. Antaranya Antologi Cerpen: Otak, Warna Seraut Wajah.
Segala apa yang ditulis adalah satu pengajaran dan ingatan. Kasih sayang tetap tersemat dihati dan tetap dalam kenangan.
Al-Fatihah
Ismail Bin Wardi
04.06.1946 – 05.02.2012
Semoga beliau ditempat dikalangan para solihin - Puan Norsaedah

PATIMAH JALUDIN
Lahirkan pada Mei 1946. Mendapat pendidikan di Sekolah Perempuan Melayu Kampung Gelam, Sekolah Menengah Sang Nila Utama dan Maktab Perguruan Singapura.
Memulakan tugas sebagai Guru pada tahun 1965 dan bersara pada tahun 2005. Masih meneruskan menulis dalam bidang yang sama. Menulis sejak tahun 1966 melalui skrip drama radio dan tahun 1972 mula menulis cerpen kemudian tahun 2012 menghasilkan puisi (sajak). Skrip radio “Dilema Mastura” telah terpilih dalam “Antologi Tekad” yang diusahakan pihak NAC Singapura.
Hadiah / Anugerah Penulisan Yang Diterima: Hadiah Kedua Sayembara Cerita-Cerita Rakyat (1979), Hadiah Pertama Sayembara Penulisan Cerpen (1983 & 1984), Hadiah Sastera ‘Penghargaan’ Skrip Drama Radio (1993 & 1995), Hadiah Sastera ‘Penghargaan’ Cerpen (1999), Anugerah Persuratan 2009 Skrip Drama Radio..
Cerpen bertajuk ‘Debar-debar Penantian’ telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Mandarin oleh Puan Chan Maw Wah. Cerpen ‘Wali’ telah terpilih untuk Baca Singapura 2010 anjuran Perpustakaan Negara Singapura (NLB) dan sekali lagi dipilih untuk menyambut 10 tahun Baca Singapura anjuran NLB.
Hingga hari ini beliau telah menghasilkan lebih daripada 300 skrip drama radio dalam beberapa katogori. Lebih daripada 50 buah cerpen dan lebih 30 kuntum puisi (sajak).

NAZARIAH NASIR
Lahir pada tahun 1970. Minat menulis sejak dibangku sekolah lagi pada tahun 1988 semasa di Maktab Rendah Jurong. Berpendidikan ijazah sarjana Pengajian Bahasa Melayu di NIE/NTU. Bertugas sebagai Guru.
Bidang penulisan termasuk sajak, cerpen, puisi, syair & novel. Karya penulisan telah diterbitkan dan disiar di Berita Harian dan Berita Minggu, Singapura.
Cerpen ‘Cupak, Tael, Kati’ telah diterjemahkan kepada Bahasa Mandarin dan telah disiarkan di akhbar Lianhe Zaobao pada tahun 2017
Beliau telah menulis sebuah buku bersiri Nabil & Nabilah yang dikelolakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Singapura(MOE).
Memenangi hadiah Merit bagi puisi ‘Siapa Diri Ini?’ dalam peraduan Noktah Putih anjuran ASAS 50.

FADILAH ABD MALIK
Lahir pada tahun 1984, Singapura. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak di sekolah rendah melalui genre puisi. Pernah menganggotai Sayab Belia ASAS’50 dari 2006 hingga 2008 dan mengikuti bengkel-bengkel penulisan puisi dan cerpen, anjuran Angkatan Sasterawan’50. Selain gemar menulis sajak, penulis juga minat menulis lirik lagu. Pada tahun 2011, terdetik minat untuk belajar bermain ukulele untuk mentransformasikan puisi-puisi yang telah digubah, ke dalam bentuk lagu sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah.
Pendidikan: Institut Pengurusan Singapura (SIM) - Program Diploma Pendidikan Awal Kanak- Kanak, Program Latihan Khas (Bahasa Ibunda) Institut Pendidikan Nasional (NIE), Program Diploma Pendidikan Pengkhususan Bahasa Melayu (NIE), Program Ijazah Sarjana Muda (Universiti SIM).
Kelulusan: Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Institut Pengurusan Singapura – SIM), Diploma Pendidikan (Pengkhususan Bahasa Melayu) NIE/NTU, Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa dan Sastera Melayu - Universiti SIM
Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Singapura.