Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan SINGAPURA
RAHSIA SEBUAH PERSAHABATAN (Novel)
- Penulis: Patimah Jaludin
- ISBN: 9789811810619
- Terbitan: CALIPH READERS
- Cetakan: 2022
- Saiz: 14.5 x 20.5cm
- Halaman: 94
- Ilustrasi
- Glosari
- Soalan-Soalan latihan
Sipnosis
Novel ini menceritakan tentang kehidupan dua orang murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Amin anak yatim piatu setelah ibu ayahnya meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Alvin pula seorang anak yang kedua ibu ayahnya telah bercerai. Ayah Alvin yang terlibat dalam kemalangan juga tetapi lumpuh setengah badan. Ibu Alvin tinggalkan Alvin dan ayahnya setelah duit pampasan habis. Alvin hidup dalam serba kekurangan, sedangkan Amin hidup mewah kerana wang pampasan yang diterimanya dijaga oleh datuk dan neneknya. Amin dan Alvin berkawan baik dan mereka bersekolah yang sama. Keakraban mereka telah membawa kisah-kisah yang menarik hati dan yang menyedihkan. Bagaimana dua orang sahabat ini berjaya dalam kehidupan mereka sebagai pelajar, dan cubaan yang mereka terima atas iri hati murid lain, ikutilah kisah mereka seterusnya dalam sebuah persembahan novel ini.