logo

Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan SINGAPURA

CALIPH READERS

BAHARU

SETANGKAI ANGGERIK UNTUK CIKGU (Kumpulan Cerpen)

Penulis : Nazariah Nasir

Penerbit : CALIPH READERS

ISBN : 9789811405273

Cetakan : 2020 

Muka Surat : 139

Saiz : 14.5 x 20.5 cm

Nota: Glosari di akhir setiap cerpen

Kumpulan cerpen Setangkai Anggerik Untuk Cikgu menghimpunkan 12 buah cerpen. Penulis Nazariah Nasir mengungkapkan pelbagai tema yang menyentuh tentang persoalan kehidupan golongan remaja terutamanya. Beliau juga ada menyentuh tentang wira negara seperti Leftenan Adnan  dalam cerpen Mimpi Leftenan Adnan dan juga tema sejarah tentang negara Singapura yang pernah dijajahi Jepun dalam cerpennya Syonanto - Cahaya Dari Selatan dan juga tentang asal usul origami dalam cerpen Angsa Kertasku. Ada juga dua buah  cerpen yang mengisahkan tentang sikap empati terhadapa golongan warga emas seperti dalam cerpen Kereta Sorong dan Kotak Mak Mah.

Cerpen-cerpen ini dihasilkan dengan teknik yang mudah difahami golongan remaja dan masyarakat umumnya.  Ianya dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca yang boleh dijadikan panduan dan iktibar. Cerpen-cerpen ini sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar semuda 12 tahun dan ke atas. Di akhir setiap cerpen, disajikan dengan glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan  amat mudah dan mesej yang hendak disampaikan amat jelas dan mudah dihayati. Terdapat juga sajak dan pantun yang diserapkan dalam cerpen-cerpennya yang boleh dijadikan pedoman. 

Anak  ayam bermain rakit,

Bermain rakit di tepi sungai,

Walaupun perjuangan itu pahit,

Namun mundur jangan sekali.

Mulakan amal dengan niat di hati,

Niat dipasang dengan seikhlas hati;

Walaupun ditempuh onak dan duri,

Perjuangkan negara menjadi cinta yang abadi.

Setangkai Anggerik Untuk Cikgu | Kumpulan Cerpen
9811405273
Quantity
-
+
SGD 15.00 S$

Cart

    This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.