Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan SINGAPURA
WARNA SEBUAH RAHSIA (Kumpulan Cerpen)
Penulis : Peter Augustine Goh
Penerbit : CALIPH READERS
ISBN : 9789811405280
Cetakan : 2019
Muka Surat : 139
Saiz : 14.5 x 20.5 cm
Nota: Glosari di akhir setiap cerpen
Warna Sebuah Rahsia menghimpunkan 10 buah cerpen hasil karya Peter Augustine Goh, penulis prolifik Singapura yang menulis dalam pelbagai genre sastera. Cerpen-cerpen yang dihasilkan antara 2014 dan 2018 ini, mengangkat pelbagai persoalan sejagat. Pelbagai cerita menarik yang berunsurkan sejarah, satira, kemanusiaan dan psikologi dihidangkan dalam kumpulan ini.
Bertunjangkan aliran realisme, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini disentuh dengan begitu berseni dan sarat dengan metafora dan falsafah. Kepintaran penulis menggunakan pelbagai teknik plot serta mengatur plot juga berjaya ‘membelit’ fikiran pembaca, walaupun jalanan ceritanya disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan segar dengan alunan intonasi nostalgik yang mampu mengusik hati dan menyentuh rasa pembaca.