Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan SINGAPURA
Pusaka Ibu | Kumpulan Cerpen [ Maroff Salleh]
Kumpulan Cerpen PUSAKA IBU menghimpunkan 11 buah cerpen.
Ia mengungkap pelbagai tema yang menyentuh persoalan kisah-kisah pengalaman dan kehidupan remaja berhadapan dengan masyarakat di sekitarnya.
Ia membantu pembaca, bukan sahaja para pelajar, bahkan ibu bapa dan orang dewasa, memahami suka-duka dan aspirasi remaja dalam kehidupan harian mereka. Jalinan ini akan tambah mengukuhkan hubungan dalam keluarga dan masyarakat.
Dengan pemakaian bahasa dan olahan cerita yang sesuai dengan tahap penguasaan pembacanya, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini diharap dapat mengekalkan unsur kesegaran merenung danberfikir dalam bentuk yang menghiburkan.

Misteri Pondok Buruk Di Dalam Semak | Novel Kanak-Kanak [Patimah Jaludin]
Tiga orang sahabat telah diberi tugas untuk menyiapkan projek
Sains oleh guru Sains mereka.
Setiap orang mempunyai projek yang berlainan tetapi masih boleh bekerjasama unutk menyiapkan projek tersebut. Mereka merancang masuk ke dalam semak-semak yang tidak juah dari blok rumah mereka.
Mereka pasti akan mendapatkan bahan yang banyak dan bermacam jenis. Mereka pun masuk ke dalam semak-semak tersebut, tetapi tanpa disedari mereka telah sampai ke sebuah pondok kecil yang buruk. Apakah yang ada di pondok itu? Mereka telah memberanikan diri untuk menyiasat. Apakah yang mereka temui dan bagaimana mereka dapat bertindak untuk menghapuskan pondok buruk kecil itu?
Berjayakan usaha mereka?

Rahsia Sebuah Persahabatan | Novel Kanak-Kanak [Patimah Jaludin]
Novel ini menceritakan tentang kehidupan dua orang murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Amin anak yatim piatu setelah ibu ayahnya meninggal dunia dalam suatu kemalangan.
Alvin pula seorang anak yang kedua ibu ayahnya telah bercerai. Ayah Alvin yang terlibat dalam kemalangan juga tetapi lumpuh setengah badan. Ibu Alvin tinggalkan Alvin dan ayahnya setelah duit pampasan habis. Alvin hidup dalam serba kekurangan, sedangkan Amin hidup mewah kerana wang pampasan yang diterimanya dijaga oleh datuk dan neneknya.
Amin dan Alvin berkawan baik dan mereka bersekolah yang sama. Keakraban mereka telah membawa kisah-kisahyang menarik hati dan yang menyedihkan.
Bagaimana dua orang sahabat ini berjaya dalam kehidupan mereka sebagai pelajar, dancubaan yang mereka terima atas iri hati murid lain, ikutilah kisah mereka seterusnya dalam sebuahpersembahan novel ini.

Namaku ADHD Kimi | Novel Kanak-Kanak [Nazariah Nasir]
Namaku ADHD Kimi ialah sebuah novel tentang seorang budak lelaki yang menghidapi ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Dalam mengharungi pelbagai masalah disiplin di sekolah dan di rumah, ADHD Kimi sangat nakal kerana dia tidak boleh mengawal dirinya sendiri.
ADHD Kimi sering tertekan dengan keadaan yang dihadapinya setiap hari. Walaupun dicemuh rakan-rakan dan orang-orang sekelilingnya, ADHD Kimi tetap ingin berubah.
Usaha untuk mengubati dirinya yang tertekan telah berjaya menjadikan ADHD Kimiseorang usahawan yang berjaya. ADHD Kimi telah membuka syarikatnya sendiri untuk membantu anak-anak yang mempunyai masalah ADHD sepertinya dengan mengajar cara teknik dan strategi untuk mengawal perasaan marah.
Novel ini dihasilkan dengan menggunakan teknik yang mudah difahami golongan remaja, ibu bapa dan masyarakat umumnya. Novel ini sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar 12 tahun dan ke atas. Di akhir novel ini, terdapat glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan amat jelas dan mudah dihayati. Terdapat juga latihan kefahaman yang dapat membantu pelajar memahami novel Namaku ADHD Kimi ini dengan lebih berkesan lagi.
Semoga novel ini akan menjadi pedoman kepada pembaca.

Tuah Annona Muricata L | Novel Kanak-Kanak [Nazariah Nasir]
Novel Tuah Annona Muricata L ialah sebuah novel tentang tiga orang rakan karib yang bernama Razi, Raj dan Boh Zhi yang berusaha untuk memasuki projek usahawan muda yang dianjurkan oleh sekolah mereka. Dalam usaha mereka mencari bahan untuk projek itu, pelbagai masalah yang mereka hadapi.
Walaupun demikian, mereka bertiga dapat belajar tentang kitar semula penggunaan plastik dan pakaian. Malah, apabila berada di Tasik Jurong, mereka juga dapat mendengar cerita kisah buaya putih daripada Nek Pah. Di Lim Chu Kang pula, mereka telah mempelajari tentang pokok durian belanda dan cara untuk membuat jus durian belanda. Tetapi dalam perjalanan pulang, mereka telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular krait biru yang berbisa.
Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah mereka berjaya menjadi usahawan muda di sekolah? Ikutilah cerita novel Tuah Annona Muricata L untuk mendapatkan kesudahan ceritanya. Pastinya, novel ini dapat menjadikan inspirasi dan aspirasi kepada pembaca untuk berjaya dengan usaha sendiri.
Novel ini dihasilkan dengan menggunakan teknik yang mudah difahami golongan remaja, ibu bapa dan masyarakat umumnya. Novel ini sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar 12 tahun dan ke atas. Di akhir novel ini, terdapat glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan amat jelas dan mudah dihayati. Terdapat juga Latihan kefahaman yang dapat membantu pelajar memahami novel Tuah Annona Muricata L ini dengan lebih berkesan lagi. Semoga novel ini akan menjadi pedoman kepada pembaca.