Bayang-Bayang Yang Hilang | Kumpulan Cerpen (2018)
Sipnosis
Kumpulan cerpen Bayang-Bayang Yang Hilang menghimpunkan 12 buah cerpen.
Peter Augustine Goh mengungkap pelbagai tema yang menyentuh persoalan tentang kehidupan manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan.
Cerpen-cerpen ini dihasilkan dengan pelbagai teknik dan bentuk seperti aliran bawah sedar dan satira, boleh dijadikan iktibar dan panduan hidup kepada masyarakat.
Bayang-Bayang Yang Hilang sesuai dibaca oleh pembaca umum termasuk golongon pelajar semuda 12 tahun dan keatas.
Di akhir setiap cerpen , ada disajikan glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan mudah dan mesej yang hendak disampaikan amat jelas dan mudah dihayati.
Terdapat juga sajak-sajak puitis yang diserapkan dalam cerpen-cerpennya yang boleh dijadikan pedoman.
Tiada maknanya sebuah ketakwaan
jika lentera keimanan terpadam
di ruang kerohanian
terlerai manik-manik tasbih pedoman
dari tangan kesetiaan
sudahnya hanya memetik bunga-bunga keresahan
sirna harum kebenaran
malam menukul kesunyian
hingga ke tebing pagi yang bergetaran
ketidaktenteraman tenggelam timbil
disungai kehidupan.
Cukuplah, jangan sampai terus hilang
dan mati seperti kelekatu
terpedaya oleh cahaya pesona
yang penuh kekeliruan
dan kepalsuan.