top of page

Children / Novel Kanak-Kanak


TUAH ANNONA MURICATA L

  • NAZARIAH NASIR

  • ​2022

  • $15.00
     

TUAH ANNONA (CVR) .jpg

Novel Tuah Annona Muricata L ialah sebuah novel tentang tiga orang rakan karib yang bernama Razi, Raj dan Boh Zhi yang berusaha untuk memasuki projek usahawan muda yang dianjurkan oleh sekolah mereka. Dalam usaha mereka mencari bahan untuk projek itu, pelbagai masalah yang mereka hadapi.


Walaupun demikian, mereka bertiga dapat belajar tentang kitar semula penggunaan plastik dan pakaian. Malah, apabila berada di Tasik Jurong, mereka juga dapat mendengar cerita kisah buaya putih daripada Nek Pah. Di Lim Chu Kang pula, mereka telah mempelajari tentang pokok durian belanda dan cara untuk membuat jus durian belanda. Tetapi dalam perjalanan pulang, mereka telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular krait biru yang berbisa. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah mereka berjaya menjadi usahawan muda di sekolah? Ikutilah cerita novel Tuah Annona Muricata L untuk mendapatkan kesudahan ceritanya. Pastinya, novel ini dapat menjadikan inspirasi dan aspirasi kepada pembaca untuk berjaya dengan usaha sendiri.

​

Novel ini dihasilkan dengan menggunakan teknik yang mudah difahami golongan remaja, ibu bapa dan masyarakat umumnya. Novel ini sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar 12 tahun dan ke atas. Di akhir novel ini, terdapat glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan amat jelas dan mudah dihayati. Terdapat juga Latihan kefahaman yang dapat membantu pelajar memahami novel Tuah Annona Muricata L ini dengan lebih berkesan lagi. Semoga novel ini akan menjadi pedoman kepada pembaca.


RAHSIA KOTAK BIRU LAUT

  • PETER AUGUSTINE GOH

  • 20

  • $13.00

RKBL.png

Sewaktu cuba mengheret kakinya yang semakin lemah, ada sebuah bungkusan tercicir dari sebuah beg kanvas yang sederahana besarnya yang terselempang di bahunya. Bungkusan itu berupa sebuah kotak biru. Warna biru kotak itu seperti warna biru air laut. Lelaki Melayu itu tidak dapat meneruskan hajatnya. Dia rebah dan tersungkur ke bumi, di atas rumput yang agak tebal di semak itu.
 

“Cepat! Kita tolong dia! Kita harus ambil kotak itu. Mungkin itu amat penting dan diburu lelaki yang dua orang itu. Dua orang lelaki itu mungkin penjahat. Penunggang yang tercedera itu mungkin mangsa mereka. Cepat!” desis Ismail berani.
 

“Tapi…tapi bahaya. Dua orang itu semakin dekat!” tegur Nadarajan sambil menelan air liurnya.
 

Apakah yang terkandung dalam kotak biru itu? Dan apakah pula rahsianya? Ikutilah kisah ‘Rahsia Kotak Biru laut’ yang mendebarkan hati ini.


NAMAKU ADHD KIMI

  • NAZARIAH NASIR

  • 202

  • $15.00
     

ADHD KIMI (CVR).jpg

'Namaku ADHD Kimi' ialah sebuah novel tentang seorang budak lelaki yang menghidapi ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). 

​

Dalam mengharungi pelbagai masalah disiplin di sekolah dan di rumah, ADHD Kimi sangat nakal kerana dia tidak boleh mengawal dirinya sendiri. ADHD Kimi sering tertekan dengan keadaan yang dihadapinya setiap hari. Walaupun dicemuh rakan- rakan dan orang-orang sekelilingnya, ADHD Kimi tetap ingin berubah. 

​

@@@@@@

​

Usaha untuk mengubati dirinya yang tertekan telah berjaya menjadikan ADHD Kimi seorang usahawan yang berjaya. ADHD Kimi telah membuka syarikatnya sendiri untuk membantu anak-anak yang mempunyai masalah ADHD sepertinya dengan mengajar cara teknik dan strategi untuk mengawal perasaan marah.

​

Novel ini dihasilkan dengan menggunakan teknik yang mudah difahami golongan remaja, ibu bapa dan masyarakat umumnya. Novel ini sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar 12 tahun dan ke atas. Di akhir novel ini, terdapat glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan amat jelas dan mudah dihayati. Terdapat juga latihan kefahaman yang dapat membantu pelajar memahami novel Namaku ADHD Kimi ini dengan lebih berkesan lagi.

​

Semoga novel ini akan menjadi pedoman kepada pembaca.


PONDOK BURUK DI DALAM SEMAK

  • PATIMAH JALUDIN

  • 2022

  • $10.00
     

Misteri Pondok (CVR) PHOTO-2021-07-02-10-19-50.jpg

​Novel 'Misteri pondok buruk di dalam semak' mengisahkan tentang tiga orang sahabat telah diberi tugas untuk menyiapkan projek Sains oleh guru Sains mereka. Setiap orang mempunyai projek yang berlainan tetapi masih boleh bekerjasama untuk menyiapkan projek tersebut.

​

Mereka merancang masuk ke dalam semak-semak yang tidak jauh daripada blok rumah mereka. Mereka pasti akan mendapatkan bahan yang banyak dan bermacam jenis. Mereka pun masuk ke dalam semak-semak tersebut, tetapi tanpa disedari mereka telah sampai ke sebuah pondok kecil yang buruk.

 

Apakah yang ada di pondok itu? Mereka telah memberanikan diri untuk menyiasat.

Apakah yang mereka temui dan bagaimana mereka dapat bertindak untuk menghapuskan pondok buruk kecil itu?

 

Berjayakah usaha mereka?


RAHSIA SEBUAH PERSAHABATAN

  • PATIMAH JALUDIN

  • 2022

  • $13.00

  • ​

Rahsia Perbuah Persahabatab (CVR) PHOTO-2021-07-02-10-19-49.jpg

Novel 'Rahsia Sebuah Persahabatan' ini menceritakan tentang kehidupan dua orang murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

 

Amin anak yatim piatu setelah ibu ayahnya meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Alvin pula seorang anak yang kedua ibu ayahnya telah bercerai. Ayah Alvin yang terlibat dalam kemalangan dan lumpuh setengah badan. Ibu Alvin tinggalkan Alvin dan ayahnya setelah duit pampasan habis.

Alvin hidup dalam serba kekurangan. Berbanding Amin yang hidup mewah kerana wang pampasan yang diterimanya dijaga oleh datuk dan neneknya. Amin dan Alvin berkawan baik dan mereka bersekolah yang sama. Keakraban mereka telah membawa kisah-kisah yang menarik hati dan yang menyedihkan.

 

Bagaimana dua orang sahabat ini berjaya dalam kehidupan mereka sebagai pelajar, dan cubaan yang mereka terima atas iri hati murid lain.

 

Ikutilah kisah mereka seterusnya dalam sebuah persembahan novel ini.

Lembaga TB (CVR).jpg


LEMBAGA TIDAK BERWAJAH

  • PETER AUGUTINE GOH

  • 2021

  • $18.00
     

“Emaakkk!”

​

“Ayahhhh!”

​

“Harizzzz!”

​

Sahlah, suaranya benar-benar tersendat di kerongkong. Ini bererti, ibu, bapa dan adiknya tidak dapat menolongnya. Di tengah-tengah kekusutan fikirannya, Haziq memberanikan diri untuk cuba bertanya, “Siapakau?”Jangan diapa-apakan aku. Tolong! Tolong jangan buat aku begini”.

 

Sekali lagi rayuannya tidak diendahklan. Apatah lagi untuk didengari. Kepalanya terasa pusing. Pening dan bingit diperlakukan suara asing itu. Keadaan semalin gentuing apanila Haziq mendapati lampu bilik tidunya terpadam. Siapakah yang mematikan suis lampu bilik?

GNBT.jpg


LEMBAGA TIDAK BERWAJAH

  • PETER AUGUSTINE GOH

  • 2020

  • $13.00
     

Herman, David Gan dan Raj Kumar dipuji oleh tiga orang budak asing itu kerana berfikiran positif dan tidak berniat jahat. Oleh sebab itu, mereka tidak diapa-apakan sama ada oleh sekawan tikus mahupun sekawan semut.

 

“Bagaimanakah caranya kami boleh keluar dari dunia kamu bertiga?” tanya Herman dalam bahasa asing dengan nada suara yang amat serius.

“Oh, senang. Tapi berjanji apabila kamu keluar dari dunia kami, rahsiakan hal ini,” ucap budak yang termuda.

“Kami janji!,” tekan Raj Kumar.

“Ya, kami berjanji,” tekan pula David Gan.

​

Herman hanya mengangguk tanda berjanji juga.

Kemudian dia bertanya lagi, “Bagaimanakah caranya hendak keluar dari sini dengan selamat?”

​

Bagaimanakah Herman dan kawan-kawannya itu berkomunikasi dengan tiga orang budak asing?Bagaimanakah mereka bertiga boleh termasuk ke dalam dunia asing?

Apakah kejadian-kejadian yang mencemaskan yang dialami mereka bertiga sebelum, semasa dan sesudah berada dalam dunia asing?

Apakah rahsianya dalam mana Herman dan kawan-kawannya berjaya keluar dari gua besar dan kemudian kembali semula ke alam nyata?

 

Untuk mendapatkan segala jawapannya, ikutilah kisah ‘Gua Naga Berkepala Tiga’ yang mendebarkan hati ini.


DIA JUGA WIRA

  • PETER AUGUSTINE GOH

  • 2021

  • $15.00

  • ​

Dia Juga Wira (CVR).jpg

​Jauh di hati Hanafi, dia berbisik sendirian, “Kali ini aku tak akan mencongak-congak atau teragak-agak untuk menceritakan sepenuhnya akan peristiwa di Penghubung Taman Mesra itu. Aku tidak akan teragak-agak lagi untuk menceritakan sepenuhnya bukan sahaja kepada Adrian Ong dan Shanmugam, tapi juga kepada semua orang, lebih-lebih lagi kawan-kawan sedarjah dan sesekolahku bahawa memang akulah yang telah menjadi semacam wira itu.”

​​

Ya, Hanafi merasakan anugerah yang diperolehnya menjadikan dia juga wira. Bukan sekadar mimpi yang merupakan sebuah mimpi seperti yang dialaminya tidak berapa lama dahulu. Dia adalah wira yang benar-benar terjadi pada satu lewat petang yang akan terus dikenang dan diingati.

​

Apakah mimpi yang dimaksudkan? Dan apakah pula kejadian yang benar-benar berlaku sehingga Hanafi diberikan anugerah oleh pihak polis?

​

Untuk mendapatkan segala jawapannya, ikutilah kisah ‘Dia Juga Wira’ yang menarik dan mengilhamkan ini.


TERTANGKAPNYA ULAR BERMATA SATU

  • PETER AUGUSTINE GOH

  • 2021

  • $15.00
     

Tertangkapnya UBS (Cvr).jpg

“Kamu bertiga...” kata Encik Jeffrey Lam, merujuk kepada Robert Lam, Raihan dan Gopal, “semalam sudah menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam atau Public Service Award (PSA) atas kes penculikan baru-baru ini daripada Penolong Pesuruhjaya Polis, Encik Justin Douglas. Tahniah! Dan
saya rasa tidak terlambat pula untuk makan besar walapun sudah lama berakhir Tahun Baru Cina,” ucap Encik Jeffrey Lam di Restoran Makanan Halal Mecindia.


Dia sengaja mengadakan majlis makan malam tanda penghargaan itu di restoran itu kerana mendapat maklum balas bahawa tiga orang anak muda suka menjmu selera di situ.
 

Apakah yang dilakukan oleh ketiga-tiga anak muda itu sehingga diberikan pengiktirafan sebegitu rupa.

​

Untuk mendapatkan segala jawapannya, ikutilah kisah ‘Tertangkapnya Ular Bermata Satu’ yang mendebarkan hati ini.

© 2025 by CALIPH READERS

bottom of page