top of page
Gua Naga Berkepala Tiga

Gua Naga Berkepala Tiga

SKU: 9789811445859

Sipnosis.

 

Herman, David Gan dan Raj Kumar dipuji oleh tiga orang budak asing itu kerana berfikiran positif dan tidak berniat jahat. Oleh sebab itu, mereka tidak diapa-apakan sama ada oleh sekawan tikus mahupun sekawan semut.

 

“Bagaimanakah caranya kami boleh keluar dari dunia kamu bertiga?” tanya Herman dalam bahasa asing dengan nada suara yang amat serius.

 

 “Oh, senang. Tapi berjanji apabila kamu keluar dari dunia kami, rahsiakan hal ini,” ucap budak yang termuda.

 

 “Kami janji!” tekan Raj Kumar.

 

 “Ya, kami berjanji,” tekan pula David Gan.

 

Herman hanya mengangguk tanda berjanji juga.

 

Kemudian dia bertanya lagi, “Bagaimanakah caranya hendak keluar dari sini dengan selamat?”

 

Bagaimanakah Herman dan kawan-kawannya itu berkomunikasi dengan tiga orang budak asing?

 

Bagaimanakah mereka bertiga boleh termasuk ke dalam dunia asing?

 

Apakah kejadian-kejadian yang mencemaskan yang dialami mereka bertiga sebelum, semasa dan sesudah berada dalam dunia asing?

 

Apakah rahsianya dalam mana Herman dan kawan-kawannya berjaya keluar dari gua besar dan kemudian kembali semula ke alam nyata?

 

Untuk mendapatkan segala jawapannya, ikutilah kisah ‘Gua Naga Berkepala Tiga’ yang mendebarkan hati ini.

    S$13.00Price
    bottom of page