top of page

Buku Cerita Bergambar /Picture Book

 

HAIKURA 

  • 2025

  • $20.00

​

Haikura.jpg

Buku HAIKURA ini adalah gabungan puisi haiku dengan tema kura-kura.

​

Lokasi Taman Tasik Jurong sering dikunjungi penulis untuk memerhatikan gelagat reptilia ini yang berdarah sejuk.

​

Penggunaan bahasa yang ekonomis, padat dan tepat di dalam buku ini dapat memancing minat kanak-kanak berusia  5 hingga 8 tahun untuk membaca.

CALPIH READERS

HAIKIRA GLOSARI.jpg

CALPIH READERS

 

POKOK RAHMAT PENGIKAT PERSAUDARAAN

  • ​2025

  • $20.00

Pokok Rahmat.JPG

“Sambil berteduh, marilah kita makan buah macam buah epal ini,” saran Prakash. Jason Lim dan Amir  mengangguk tanda setuju.

 

Sebaik saja mereka hendak memetiknya, ada seorang lelaki menghampiri mereka menahan mereka. Kemunculan orang tua secara mendadak itu membuat darah dalam diri mereka berderau-derau.

                                                                                     **********

Suatu lewat petang, Amir, Jason Lim dan Prakash terkejut apabila melihat pokok luar biasa itu sudah hilang. Hanya berbekas tapak yang bertanah kering. Di sebelahnya ditumbuhi lalang di sana sini, berliuk-liuk ditiup angin.

 

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Dan ketika mereka dirantai kebodoh-bodohan itulah lelaki tua itu mendatangi mereka, bukan secara fizikal tapi dalam bentuk suara yang amat garau dan penuh nada kesal.

 

Demikianlah petikan daripada cerita bergambar kanak-kanak “Pokok Rahmat Peingikat Persaudraan’.

​

Mengapakah pokok ajaib yang besar lagi berbuah lebat dan harum sertaenak dimakan itu hilang? Dan bagaimanakah pula pokok itu boleh wujud semula?

 

Untuk mendapatkan segala jawapannya, ikutilah kisah yang menarik hati ini.

pOKOK SLIDE.jpg

CALPIH READERS

gLOSARI SOALAN.jpg

CALPIH READERS


TAJAM AKAl : PERIBAHASA BERIRAMA

  • 2025

  • $20.00

Tajam Akal.jpeg

Tajam Akal (Kamus Dewan) memberi maksud pintar, bijak, pandai, petah.

​

Peribahasa ini melambangkan yang anak-anak kita berpotensi boleh maju dan berjaya. Bakat yang ada kepada mereka sebaik-baiknya diasah dari masa kecil lagi. Ini tidak mustahil, ada di kalangan mereka yang mempunyai kepintaran yang setanding dengan warga lain.

​

Peribahasa adalah ‘bunga bahasa’. Ia mengandungi kekata yang indah yang menjadi suntingan dalam mencantikkan pertuturan dan penulisan.

​

Sebagai guru atau ibu bapa, anda berperanan pending dalam menggalakkan dan mengenalkan peribahasa kepada mereka. Gunakanlah irama yang mudah dan senang dinyanyikan. Banyak lagu-lagu Melayu yang boleh kita ambil dan didendangkan bersama peribahasa ini.

​

Penulis mengambil pendekatan dengan menyebut 2 kali setiap peribahasa itu. Ia diulang-ulang bagi menimbulkan Cinta dan Ingat kepada peribahasa yang dipelajari. Bersama-samalah kita memperkasakan dan melestarikan Bahasa Ibunda melalui Peribahasa Berirama ini.

​

Akhir kata, belajar peribahasa bukan untuk peperiksaan sahaja. Peribahasa melambang keindahan dalam persuratan. Cinta Bahasa Cinta Budaya. Peribahasa Warisan Bangsa.

.

kecil hati.jpg

CALPIH READERS


HAIKURA

  • 2020

  • $15.00

Kulit Buku_Haikucing.jpg

Buku HAIKUCING ini adalah gabungan puisi haiku dengan tema kucing .

​

Penggunaan bahasa yang ekonomis, padat dan tepat di dalam buku ini dapat memancing minat kanak-kanak berisia 5 hingga 8 tahun untuk membaca.

HAIKUCING SLIDE.jpeg

CALPIH READERS


KISAH SANG KETAM: KERANA MULUT BADAN BINASA

  • ​2023

  • $18.00
     

Cvr Buku_Kisah sang Ketam  Kerana Mulut Badan Binasa (Peter Augustine Goh)_edited.jpg

‘Kisah Sang Ketam: Kerana Mulut Badan Binasa’ merupakan karya terbaharu Peter Augustine Goh, dalam bentuk cerita bergambar / ilustrasi.

 

Buku bergambar / ilustrasi ini membawa mesej yang positif dalam mana mendidik kanak-kanak agar jangan sesekali berkhianat dan sentiasa menjaga lidah apabila berbicara.

​

Perbuatan khianat amat dimurkai Tuhan dan sikap buruk ini tidak digalakkan sama sekali kerana ke mana saja seseorang itu pergi, akan tidak disenangi oleh orang lain.

 

Cerita satira ini sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak antara usia 6 hingga 9 tahun.

 

                                                     

 Penulis adalah Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) yang dinobatkan oleh kerajaan Thailand bagi tahun 2018.

ketam slide.jpeg

CALPIH READERS

glosari soalan ketam.jpeg

CALPIH READERS


NENEK MASAK APA?

  • ​2023

  • $18.00
     

Cvr Buku_Nenek Masak Apa (Fadilah Ab Malik).png

​Buku cerita kanak-kanak 'Nenek Masap Apa?' ini mengisahkan tentang lauk tradisi orang Negeri Sembilan, iaitu rendang daging.

 

Tarikan aroma masakan yang amat harum dan sifat ingin tahu Haziq membawanya ke dapur neneknya, Nek Ani.

 

Nek Ani sedang memasak rendang Negeri Sembilan, lauk tradisi keluarganya.

 

Haziq kenali tentang nama-nama bahan yang digunakan dan juga proses memasak rendang Negeri Sembilan melalui tunjuk ajar Nek Ani.

 

Penulis berharap hasil perkongsian resipi rendang Negeri Sembilan keluarganya dapat memberi manfaat kepada pembaca cilik dan sekaligus melestarikan warisan Ninda agar tidak ditenggelami arus kemodenan.

NENEK SLIDE.jpeg

CALPIH READERS


ANAK EMAS: PERIBAHASA BERIRAMA

  • 2023

  • $18.00

Anak Emas _Peribahasa Berirama _CVR_edited_edited.jpg

Keindahan berbahasa sama ada yang dituturkan atau dalam bentuk tulisan, terletak pada pemilihan kosa kata.

 

Bahasa ibunda kita kaya dengan puisi tradisional seperti pantun, syair sajak, seloka dan gurindam yang boleh diketengahkan agar bahasa kita hidup segar mengikut peredaran zaman.


Terlintas dalam fikiran saya untuk mencipta sesuatu dalam mengenalkan peribahasa dengan lebih santai dan menghiburkan. Peribahasa berirama ini dapat menimbulkan minat kepada pelajar dari peringkat awal mengikut sukatan pelajar yang disediakan oleh pihak M.O. E.


Selain daripada membaca dan menghafal iramanya (yang boleh dicipta sendiri), saya percaya ianya dapat menambah kefahamannya dan kecintaan terhadap bahasa ibunda.


Semoga buku 'Anak Emas: peribahasa berirama' ini dapat membantu pelajar, ibu bapa dan pembaca dalam mengenali  erti peribahasa dalam kehidupan seharian kita.


Yang merah itu saga,
      Yang lorek itu kendi;
Yang indah itu bahasa,
      Yang elok itu budi.

 

 

Penulis.

Abdolah Lamat

  • Seorang guru pesara dan masih mengajar sehingga ke hari ini.

  • Menjadi guru Bahasa Ibunda sejak 1965.

  • Mendapat didikan muzik daripada arwah Pak Zubir Said.

  • Boleh mencipta lagu terutama yang berunsur pendidikan.

© 2025 by CALIPH READERS 

bottom of page