top of page
Kisah Si Ketam: Kerana Mulut Badan Binasa (2023)

Kisah Si Ketam: Kerana Mulut Badan Binasa (2023)

SKU: 9789811866357

Sipnosis.

 

KISAH SANG KETAM: KERANA MULUT BADAN BINASA

‘Kisah Sang Ketam: Kerana Mulut Badan Binasa’ merupakan karya terbaharu Peter Augustine Goh, dalam bentuk cerita bergambar / ilustrasi.

 

Buku bergambar / ilustrasi ini membawa mesej yang positif dalam mana mendidik kanak-kanak agar jangan sesekali berkhianat dan sentiasa menjaga lidah apabila berbicara.

Perbuatan khianat amat dimurkai Tuhan dan sikap buruk ini tidak digalakkan sama sekali kerana ke mana saja seseorang itu pergi, akan tidak disenangi oleh orang lain.

 

Cerita satira ini sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak antara usia 6 hingga 9 tahun.

 

                                                                   xxxxxxxxx


Sang Ketam terperanjat dan cuba melarikan diri. Tetapi sebelum sempat ia berbuat begitu, Sang Kerbau lebih cepat menendangnya. Sang Ketam tercampak jauh. Bahagian bawah badannya menghadap ke atas.


Sang Ketam meronta-ronta, cuba membalikkan dirinya. Ketika itulah Sang Kerbau menghenyak Sang Ketam di bahagian bawah badannya. Sang Ketam menjerit kesakitan.


Demikianlah petikan daripada cerita kanak-kanak “Kisah Sang Ketam: Kerana Mulut Badan Binasa”.

 

Mengapakah Sang Kerbau menendang Sang Ketam?


Bukankah perbuatan itu kasar dan tidak baik? Mesti ada sesuatu sebab yang membuat Sang Kerbau begitu marah dan berbuat sedemikian.

 

Untuk mendapatkan segala jawapannya, ikutilah kisah yang mendebarkan hati ini.

 

Penulis

Peter Augustine Goh ialah nama pena Iskandar Goh. Bidang penulisannya termasuklah cerpen, novel dewasa, novel kanak-kanak, puisi, drama TV dan radio serta ulasan sastera. Kini beliau seorang pembimbing penulisan kreatif untuk sekolah rendah dan menengah serta maktab rendah, dan penterjemah / jurubahasa bebas.

 

Beliau adalah Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) yang dinobatkan oleh kerajaan Thailand bagi tahun 2018.

    S$18.00Price
    bottom of page