Tuah Annona Muricata L (2022)
Sipnosis.
Novel Tuah Annona Muricata L ialah sebuah novel tentang tiga orang rakan karib yang bernama Razi, Raj dan Boh Zhi yang berusaha untuk memasuki projek usahawan muda yang dianjurkan oleh sekolah mereka.
Dalam usaha mereka mencari bahan untuk projek itu, pelbagai masalah yang mereka hadapi.
Walaupun demikian, mereka bertiga dapat belajar tentang kitar semula penggunaan plastik dan
pakaian.
Malah, apabila berada di Tasik Jurong, mereka juga dapat mendengar cerita kisah buaya putih
daripada Nek Pah. Di Lim Chu Kang pula, mereka telah mempelajari tentang pokok durian belanda dan cara untuk membuat jus durian belanda.
Tetapi dalam perjalanan pulang, mereka telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular krait biru yang berbisa. Apakah yang terjadi kepada mereka?
Adakah mereka berjaya menjadi usahawan muda di sekolah? Ikutilah cerita novel Tuah Annona Muricata L untuk mendapatkan kesudahan ceritanya. Pastinya, novel ini dapat menjadikan inspirasi dan aspirasi kepada pembaca untuk berjaya dengan usaha sendiri.
Novel ini dihasilkan dengan menggunakan teknik yang mudah difahami golongan remaja, ibu bapa dan masyarakat umumnya.
Sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar 12 tahun dan ke atas.
Di akhir novel ini, terdapat glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan amat jelas dan mudah dihayati.
Terdapat juga Latihan kefahaman yang dapat membantu pelajar memahami novel Tuah Annona Muricata L ini dengan lebih berkesan lagi.
Semoga novel ini akan menjadi pedoman kepada pembaca.