Namaku Adhd Kimi (2022)
Sipnosis.
Namaku ADHD Kimi ialah sebuah novel tentang seorang budak lelaki yang menghidapi ADHD
(Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
Dalam mengharungi pelbagai masalah disiplin di sekolah dan di rumah, ADHD Kimi sangat nakal kerana dia tidak boleh mengawal dirinya sendiri.
ADHD Kimi sering tertekan dengan keadaan yang dihadapinya setiap hari. Walaupun dicemuh rakan-rakan dan orang-orang sekelilingnya, ADHD Kimi tetap ingin berubah.
xxxxxxxxx
Usaha untuk mengubati dirinya yang tertekan telah berjaya menjadikan ADHD Kimi seorang usahawan yang berjaya. ADHD Kimi telah membuka syarikatnya sendiri untuk membantu anak-anak yang mempunyai masalah ADHD sepertinya dengan mengajar cara teknik dan strategi untuk mengawal perasaan marah.
Novel ini dihasilkan dengan menggunakan teknik yang mudah difahami golongan remaja, ibu bapa dan masyarakat umumnya. Novel ini sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar 12 tahun dan ke atas.
Di akhir novel ini, terdapat glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan amat jelas dan mudah dihayati.
Terdapat juga latihan kefahaman yang dapat membantu pelajar memahami novel Namaku ADHD Kimi ini dengan lebih berkesan lagi.
Semoga novel ini akan menjadi pedoman kepada pembaca.