Dia Juga Wira
Sipnosis.
DIA JUGA WIRA
Jauh di hati Hanafi, dia berbisik sendirian, “Kali ini aku tak akan mencongak-congak atau teragak-agak untuk menceritakan sepenuhnya akan peristiwa di Penghubung Taman Mesra itu.
Aku tidak akan teragak-agak lagi untuk menceritakan sepenuhnya bukan sahaja kepada Adrian Ong dan Shanmugam, tapi juga kepada semua orang, lebih-lebih lagi kawan-kawan sedarjah dan sesekolahku bahawa memang akulah yang telah menjadi semacam wira itu.”
**********
Ya, Hanafi merasakan anugerah yang diperolehnya menjadikan dia juga wira. Bukan sekadar mimpi yang merupakan sebuah mimpi seperti yang dialaminya tidak berapa lama dahulu. Dia adalah wira
yang benar-benar terjadi pada satu lewat petang yang akan terus dikenang dan diingati.
**********
Apakah mimpi yang dimaksudkan? Dan apakah pula kejadian yang benar-benar berlaku sehingga Hanafi diberikan anugerah oleh pihak polis?
Untuk mendapatkan segala jawapannya, ikutilah kisah ‘Dia Juga Wira’ yang menarik dan mengilhamkan ini.