HP (2018)
Sipnosis
Nabil mencapai telefon bimbit di atas almari cermin di tepi katilnya. Ditenungnya skrin display telefon itu.
Kemudian dia menekan butang menu dan terus menekan butang phone book.
Nabil terpaku seketika setelah menekan nombor telefon Sarah Syaqila.
Dilihatnya nombor telefon yang ter ra. Nombor itulah yang pada suatu ketika dahulu, menjadi nombor yang paling bertuah di dalam hidupnya.
Nombor yang membahagiakan hidupnya. Nombor yang akan menghilangkan segala sendu, menenangkan fikiran yang bercelaru dan membawa hilai lucu.
Itulah nombor telefon bimbit Sarah Syaqila, allahyarhamah tunangnya.
Air mata mula berlinang di pipinya Nabil terduduk di atas katilnya. Semua yang berlaku bagaikan satu mimpi.
Namun ia benar-benar terjadi. Nabil memandang telefon bimbitnya. Kali ini dia bertekad. Dia akan mengirim pesanan ringkas (sms) kepada pemanggilnya tadi. Nabil ingin mendapatkan kepastian daripadanya.
Hi, I called u tadi. I, Nabil. U, Sarah? Sarah Syaqila?
Tidak sampai pun seminit, telefon bimbit Nabil membunyikan isyarat bahawa dia telah menerima satu pesanan ringkas. Nabil bingkas membacanya.
So, u Nabil, ahh? Nama I memang Sarah, tapi Sarah Bte Sulaiman. Siapa Sarah Syaqila?