top of page
Mulianya Hatimu, Ayah

Mulianya Hatimu, Ayah

Buku kumpulan cerpen ‘Mulianya Hatimu Ayah’ ini mengandungi sebelas cerpen yang mengandungi pelbagai kisah tentang masyarakat di Singapura. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, setiap cerpen berdiri dengan jalan cerita yang berbeza-beza dengan pengakhiran konflik yang menarik dan penuh bermakna.

 

Cerpen ‘Mulianya Hatimu Ayah’ ini mengisahkan tentang sosok watak seorang Ayah yang warak mengerjakan rutin sehariannya bersolat tahajud, witir, istikharah dan hajat. Ayah dengan mesin jahit yang dihadiahkan oleh isterinya itu bagaikan isi dengan kuku yang tidak dapat dipisahkan lagi kerana ada nilai estetikanya yang tersendiri. Malah, Ayah yang tanpa jemu terus berusaha untuk menjahit pelitup-pelitup yang terbaharunya. Walaupun dengan keadaan kesihatan Ayah yang sering batuk-batuk dan dengan usia senjanya, namun Ayah tetap bersemangat waja dan berdaya bingkas untuk menjahit pelitup-pelitup khas yang direkanya sendiri untuk diberikan kepada jemaah dimasjid.

Cerpen ini sarat dengan emosi yang mengangkat nilai keprihatinan dan empati terhadap orang lain di sekeliling Ayah. Ayah dianggap Adiwira sempena Hari Ayah!

 

Buku kumpulan cerpen ini sesuai dibaca untuk semua golongan lapisan masyarakat dan pelajar. Diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca sekalian. Harapan saya semoga pembaca dapat menghayati kisah-kisah yang diketengahkan dengan lebih mendalam lagi.

    S$20.00Price
    Quantity

    © 2025 by CALIPH READERS 

    bottom of page