Pusaka Ibu | Kumpulan Cerpen (2022)
Penulis.
Maarof Salleh mempunyai pengalaman panjang sebagai guru selain aktif di bidang khidmat
kemasyarakatan.
Selain mengajar di pelbagai peringkat (rendah-universiti), beliau berpengalaman sebagai pentadbir dan zamil di ISEAS dan NUS.
Beliau menulis esei di akhbar dan membentang kertas kerja di forum-forum dan luar negeri. Bidang
tulisannya ehwal Islam dan masyarakat Islam.
Kini pesara, beliau lebih menumpu kepada penulisan kreatif, terutama esei, cerpen dan sajak.
Karyanya menang beberapa anugerah. Sudah 8 tulisannya yang diterbitkan.
Sipnosis.
Kumpulan Cerpen PUSAKA IBU menghimpunkan 11 buah cerpen. Ia mengungkap pelbagai tema
yang menyentuh persoalan kisah-kisah pengalaman dan kehidupan remaja berhadapan dengan
masyarakat di sekitarnya.
Ia membantu pembaca, bukan sahaja para pelajar, bahkan ibu bapa dan orang dewasa, memahami
suka-duka dan aspirasi remaja dalam kehidupan harian mereka. Jalinan ini akan tambah
mengukuhkan hubungan dalam keluarga dan masyarakat.
Dengan pemakaian bahasa dan olahan cerita yang sesuai dengan tahap penguasaan pembacanya,
cerpen-cerpen dalam kumpulan ini diharap dapat mengekalkan unsur kesegaran merenung dan
berfikir dalam bentuk yang menghiburkan.