top of page
Sebuah Ikrar Segenggam Sabar | Kumpulan  Cerpen

Sebuah Ikrar Segenggam Sabar | Kumpulan Cerpen

‘Sebuah Ikrar Segenggam Sabar’ menghimpunkan 10 buah cerpen hasil karya Peter Augustine Goh, penulis prolifik Singapura yang menulis dalam pelbagai genre sastera. Cerpen-cerpen yang dihasilkan antara 2018 dan 2022 ini, mengangkat pelbagai persoalan sejagat. Pelbagai cerita menarik yang berunsurkan cinta dan kasih sayang, kemanusiaan, pengorbanan, keadaanpenuh cabaran sewaktu pandemik COVID-19 dan psikologidihidangkan dalam Kumpulan ini.

 

Bertunjangkan aliran realisme, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini disentuh dengan begitu berseni dan sarat dengan metafora dan falsafah. 

Kepintaran penulis menggunakan pelbagai teknik plot serta mengatur plot juga berjaya ‘membelit’ fikiran pembaca, walaupun jalanan ceritanya disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan segar dengan alunan intonasi nostalgik yang mampu mengusik hati dan menyentuh rasa pembaca.

    S$20.00Price
    Quantity

    © 2025 by CALIPH READERS 

    bottom of page