Setangkai Anggerik Untuk Cikgu | Kumpulan Cerpen
Sipnosis.
Kumpulan cerpen Setangkai Anggerik Untuk Cikgu menghimpunkan 12 buah cerpen.
Penulis mengungkapkan pelbagai tema yang menyentuh tentang persoalan kehidupan golongan
remaja terutamanya.
Beliau juga ada menyentuh tentang wira negara seperti Leftenan Adnan dalam cerpen Mimpi Leftenan Adnan dan juga tema sejarah tentang negara Singapura yang pernah dijajahi Jepun dalam cerpennya Syonanto - Cahaya Dari Selatan dan juga tentang asal usul origami dalam cerpen Angsa Kertasku.
Ada juga dua buah cerpen yang mengisahkan tentang sikap empati terhadapa golongan
warga emas seperti dalam cerpen Kereta Sorong dan Kotak Mak Mah.
Cerpen-cerpen ini dihasilkan dengan teknik yang mudah difahami golongan remaja dan
masyarakat umumnya. Ianya dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca yang boleh dijadikan panduan dan iktibar.
Cerpen-cerpen ini sesuai dibaca oleh golongan pembaca umum termasuk golongan pelajar semuda 12 tahun dan ke atas.
Di akhir setiap cerpen, disajikan dengan glosari yang membolehkan pembaca merujuk pada maknanya. Bahasa yang digunakan amat mudah dan mesej yang hendak disampaikan amat jelas dan mudah dihayati.
Terdapat juga sajak dan pantun yang diserapkan dalam cerpen-cerpennya yang boleh dijadikan pedoman.
Anak ayam bermain rakit,
Bermain rakit di tepi kali;
Walaupun perjuangan itu pahit,
Namun mundur jangan sekali.
Mulakan amal dengan niat di hati,
Niat dipasang dengan seikhlas hati;
Walaupun ditempuh onak dan duri,
Perjuangkan negara menjadi cinta yang abadi.